Setelah hampir 7thn aku tamat alam persekolahan dan tamat SPM, aku telah lalui perjalanan hidup yang sbenar. Hampir selama itu jgk aku byk bergantung pd mama ayah. Walaubagaimana pun, banyak yang berlaku mengubah cara hidup aku, sikap aku dan mcm- mcm telah aku lakukan untuk merasai zaman remaja aku.. Seperti remaja lain, aku jgk ingin menikmati dan enjoy dgn pelbagai dunia kehidupan masa kini..
Hampir berbulan aku hanya duduk rumah lepas tamat SPM dan persekolahan. Waktu ini aku hanya meringankan kerja mama dirumah. Aku memasak untuk keluarga, mengemas umah, pendek kata jadi suri rumah Fulltime.. Kalau tak salah waktu tu, keluarga dah tak guna khidmat org gaji(pembantu umah).. Bibik dah di hantar balik indon..permit ngn pasport tamat tempoh.. aku pn dah besar, jadi blh uruskan kerja-kerja rumah jadi mama ayah pikir tak perlu lg org gaji.. Waktu itu aku malas nak cr keja, aku nak berehat dulu.. jadi boleh laa buat kerja rumah. Tapi tak lama jgk lah aku melepak kat rumah. Sebulan seblm result SPM aku kuar, aku terpikir untuk keja.. Maklumlah nak cari duit hutang waktu aku belajar dulu.. Rezeki aku baik masa tu, aku dapat kerja kat kedai baju Wang Tai angsana.. Aku berkerja cume hampir sebulan jer sebelum aku dapat sambung belajar kat Kuala Lumpur. Walapun hanya sebulan, tapi mcm2 aku belajar dr ape yg aku nampak hari2 spjg aku berkerja. Dan dlm sebulan spjg aku kerja, aku mengenali cinta dr seseorg.. Sewaktu cinta itu ingin dtg melamar dlm hidup aku pd hari terakhir aku berkerja, aku terpaksa menolaknya atas sebab tawaran belajar di kuala lumpur.. waktu itu, aku dan cinta itu terpaksa terima hakikat sekiranya itu cinta sebenar ianya wujud satu hari nati selepas aku tamat balajar. Aku dan sidia ambil keputusan supaya tidak menunggu cinta itu, malah kami serah pada takdir jodoh pertemuan kami. Dan hari ini terbukti bahawa cinta itu bukan milik aku..
Lepas beberapa minggu result SPM, aku telah menerima tawaran belajar di Kuala Lumpur. Aku diterima belajar di Kolej Swasta(Kolej Latihan Telekom,Kuala Lumpur). Aku mengambil Jurusan DiPloma Marketing With Multimedia selama 2thn. Hari pertama, aku tak yakin untuk melalui kehidupan seorg pelajar kolej. Almaklum, itu lah kali pertama aku terpaksa berjauhan dengan keluarga.. Aku akan menjalani kehidupan aku tanpa pantauan dan jauh dari pandangan mata keluarga terutama mama ayah. Segala xtvt Aku dr siang hingga ke malam aku mesti mengatur sendiri, makan minum aku terpaksa aku cari usaha sendiri, segala keperluan dan pakaian aku, aku kena uruskan sendiri tanpa bantuan. Permulaan hidup aku di Kuala Lumpur aku kesorangan tanpa ader keluarga disisi.. Aku bernasib baik kerana dapat teman sebilik yang sama peribadi dan sikapnya dengan aku. Seingat aku, namanya Farah. Aku ngan Farah serasi. Ape yg aku lakukan, sama yg farah lakukan.. waktu itu aku tak berapa bimbang, kerana Farah Cakap dia org KL,Gombak,. dia bgth, aku blh anggap keluarga dia seperti keluarga ku jgk.. Inilahh permulaan segala perubahan yang berlaku dalam hidup aku selama ini. Lepas Farah, aku kenal Zila, Liyana, Shima, Tuff,shahir, june, along dan ramai lg...
Sepjg thn pertama, byk pengalaman baik buruk berlaku dalam diri, perubahan hidup aku... Rokok yg semmg diri aku di JB makin menjadi-jadi di K.L. Keluar tgh malam, melepak hingga ke subuh, karaoke, sugar daddy, clubbing, mabuk, berlumbe keta, shopping, dan merempit menjadi kehidupan aku dan kawan2 seblajar aku di K.L sepjg aku belaja. Hidup aku menjadi-jadi semakin bebas bila masuk Thn ke2 belajar di KL. Aku dan kawan2 aku semakin bebas, liar bile kami tinggal di luar Asrama Kolej dan dduk menyewa sendiri sesama kami.. Waktu itu kami sudah tiada batasan pergualan.. Rumah sewa menjadi sepeti Hotel. Keluar masuk sesuka hati. Ada antara kami, tinggal bersama pasangan masing2 bersama kawan2 lain.. Teman lelaki, kawan laki kuar masuk rumah bila2 masa sajer.. teman lelaki, kawan lelaki bertukar- tukar hampir tiap hari, minggu dan bulan. Dan waktu itu, aku berkawan ngn seorg yg matang yg sentiasa ader dengn aku spjg masa, setiap hari, tak kira masa.. Eady, seorg yg matang dan tegas wujud perkenalan secra tidak senjaga di waktu aku sedang hanyut dgn segala xtvt yg merosakan diri. Dia yang menjadi pembimbing aku, jaga pergaualan dan xvtv aku yg tak bermoral. Dan sejak itu, kehidupan aku hingga hari terakhir aku di K.L hanya bersama dia. semua XtVt aku, siang malam aku, makan minum aku hingga lah segala kegembiraan, kesedihan, pergaduhan aku, kemarahan,susah senang aku dan seluruh kehidupan hanya bersama dia hingga saat terakhir aku tinggalkn Kuala Lumpur. Walaubagaimane pun, aku tak pernah abaikan, tinggalkan kawan2 belajar aku. Aku tetap cari kawan2 aku dan bersama- sama kawan aku tanpa pengetahuan dia.
Sepanjang hampir 3thn aku di Kuala Lumpur, semua Kenikmatan hidup enjoy bebas dr keluarga aku lalui.. dan selama hampir 3thn pelbagai dugaan, cabaran hidup aku telah lalui, aku dapat rasa semua jenis kehidupan remaja tanpa keluarga. Macam maner hidup susah senang, hidup tak makan, hidup persengketaan, pergaduhan, kebebasan, enjoy, merempat tiada tempat tido,penipuan, hidup nan ego tinggi dan mcm-mcm lagi telah aku jumpe sepjg aku di KL 3thn.. Walau Ape yang terjadi pada segala perubahan diri aku dan kawan2 di K.L, langsung tidak menjejaskan pembelajaran kami semua untuk mendapat segulung Diploma Selama hampir 3thn.. Kesemuanya antara kami berjaya mendapt diploma walau ada yg terlambat tapi tetap berjaya mendapat Diploma. Ini lah diri aku dan kawan- kawan lain walaupun hanyut dengan segala hiburan dan kebebasan tapi tak lupa tanggungjawab yg Ibubapa harapkan.. Aku anggap 3thn di kuala Lumpur adalah pengalaman yg tak ternilai aku dapat rasakan. dari titik permulaan aku bersendirian hingga saat aku terakhir dan langkah terakhir aku meninggal Kuala Lumpur aku tak akan pernah lupa.
No comments:
Post a Comment