SUNYI SEPI BUNTU SERABUT JIWA TIADA KEGEMBIRAAN, TIADA KEBAHAGIAN, TIADA TEMAN TIADA TEMPAT MENGADU, TIADA TEMPAT MENANGIS DAN TIADA SENYUMAN CERIA lagi dalam hidup aku.. Adakah aku silap pilih jalan hidup aku?? atau memang aku ditakdirkan nasib begini??? atau ini satu dugaan pada hidup aku??? aku dah tak kuat, aku dah tak mampu nak hadapi semua ini... sampai bile aku nak kena hadapi, sampai bile aku nk kena lalui semua ni??? masih ada cahaya atau jalan ke untuk aku keluar dari semua ini... aku dah penat!!!! aku dah penat dengan semua ni.... aku penat jaga hati dan perasaan orang lain, aku dah penat mengalah, aku dah penat ikut cakap orang.. aku dah penat kena marah sana sini, aku dah penat diamkan diri.... aku cukup penat... sampai aku sendiri tak mampu nk hadapi semua nin.. tapi aku tak de kuasa untuk melawan, aku tak mampu nk membantah dan aku juga tak boleh nk bersuara untuk semua ini.... KNP???? adakah aku ini lemah?? atau aku takada pendirian dan tujuan hidup sendiri?? Atau sebab aku dilahirkan serba kekurangan, aku ni SUMBING, TAK SEMPURNA seperti orang lain????? aku jadi macam ni....
aku ada keluarga, ada ayah, ada mama, ada abang sulung, ada kakak ada adik-adik dan aku ada tunang... tapi kenapa aku tak bahgia?? knp aku sunyi?? knp aku tak rasa tenang dan bahgia?? aku ada semua nye.. tapi semua nya dengan hal sendiri...dengan masalah sendiri..dengan cara sendiri dan ada kehidupan sendiri.. Disebabkan itu,aku sunyi, aku tak bahgia, tak penah tenang... Masalah utama dalam keluarga aku adalah kerna kewangan yang tak kukuh... selalu ada masalah kewangan... Kerna ingin mencari kewangan yang kukuh, keluarga aku sentiasa sibuk dengan aktiviti masing- masing.. Mama ayah selalu masam muka, marah- marah bila menghadapi krisis wang!!! kami adik- beradik selalu tertekan... kerna tekanan masing- masing mencari kebahgian luar, kebahagian indah yang kami jumpe hanya merosak akhlak dan rosak diri... kami sedar, dan kami tahu akibat semua kegiatan yang kami lakukan... tapi sampai bile aku nak tengok semua adik beradik aku hanyut,rosak, bermasalah dan tak de masa depan... aku sentiasa berharap agar ada berubahan yang baik dari masa ke masa, dari hari ke hari... aku inginkan keluaga aku... aku inginkan kebahagiaan bersama keluarga aku.. aku perlukan mereka semua dalam keadaan yang boleh bimbing aku dan jaga kebahgiaan kelaurga kami...boleh ke ianya jadi kenyataan??
No comments:
Post a Comment